Posts

Interaksi dalam proses pengajaran dan pembelajaran (luar bilik darjah)

Pengenalan        Pembelajaran luar bilik darjah menurut Kementerian Pelajaran Malaysia (2005) adalah suatu program atau aktiviti yang dilakukan di luar bilik darjah yang terancang dan berstruktur. Aktiviti ini berpusatkan murid bagi menyokong dan mengukuhkan perlaksanaan kurikulum di sekolah. Ia turut merangkumi persekitaran pembelajaran yang progresif. Diperkenalkan sejak tahun 2000, tujuan program ini adalah agar pembelajaran menjadi lebih bermakna dan berbentuk kontekstual.      Melalui penulisan blog ini, saya akan menekankan berkaitan interaksi yang berlaku antara guru dengan murid yang digunapakaikan dalam proses pembelajaran di luar bilik darjah.      Interaksi merupakan proses saling bertindak balas, saling mempengaruhi antara satu sama lain. Menurut Merriam Webster Online Dictionary, interaksi bermaksud pengaruh atau aksi dua hala. Seseorang individu berinteraksi dengan individu yang lain atau bahan di dalam persekitran dengan tujuan untuk mempengaruhi satu sama lain. Interak